oreo-brownies

Oreo Brownies

Bahan-bahan :
90g butter / marjerin (sy guna marjerin Daisy)
250g milk chocolate
85g gula kastor
2 biji telur
Sedikit esen vanilla
50g tepung gandum
Sedikit baking powder
10-12 kpg biskut Oreo (bahagikan kepada 2, separuh untuk dihancurkan letak dlm adunan brownies & separuh lagi untuk hiasan brownies)

Cara-cara :
Panaskan oven 170c .
Cairkan coklat dan marjerin dengan menggunakan kaedah double-boiler. Tutup api bila sudah cair.

Kemudian, masukkan gula dan kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk.

Masukkan tepung, baking powder dan biskut oreo yang dihancurkan, kacau sehingga sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang(Jiha guna loyang saiz 8×8) yang telah digriskan dengan mentega atau baking paper. Hiaskan dengan biskut Oreo.

Bakar di dalam oven selama 25-30minit atau sehingga masak.