popia basah

Popia Basah

Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara Membuat :
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cekodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang – kurangnya 1/2jam. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis – lapis ia tak melekat.

Bahan Untuk Inti Popia
1/2 biji kobis – di racik halus
3 biji sederhana besar carrot – di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Cara Membuat :
Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Bahan Untuk Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar – jika suka

Cara Membuat :
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.

Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh ikut selera masing – masing.