Popia pisang cheese

Popiah Pisang Berkeju

(1 porsi)

Bahan-bahan:
2 biji pisang – dibelah dua
4 keping kulit popia
1 hirisan krim keju (0.5 inci tebal x lebar dan panjang yang sama dengan pisang)
Sedikit gula – jika perlu
Sedikit kacang badam – disangai & dicincang
Sedikit air gula pekat
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Golekkan pisang ke dalam gula jika tidak cukup manis.

2. Letakkan pisang di satu sudut kulit popia dan letakkan hirisan krim keju di atas pisang. Gulungkan seperti menggulung popia dan kelimkan.

3. Goreng di dalam minyak panas sehingga garing.

4. Oleskan sedikit air gula pekat di atas popia yang digoreng tadi. Taburkan kacang badam. Sedia untuk dimakan!