HAZURA HASHIM BANI – BODY ENGINEER

 

Hazura Hashim Bani. Saya berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mempunyai Degree in Accountacy daripada Universiti Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Pernah bekerja sebagai auditor dan akauntan selama 5 tahun.

Saya juga mempunyai sijil sebagai Certified Trainer oleh PSMB/HRDF. Juga seorang Fasilitator Pembelajaran Profesional, diiktiraf oleh Take Charge Professional Learning Facilitator System. Saya sudah 10 tahun berkecimpung dalam bisnes ini dengan memberi latihan dan consultation kepada mereka yang berminat nak turunkan berat badan. Oleh kerana minat yang mendalam dalam bidang pemakanan dan kecantikan, saya banyak berkongsi tips-tips tersebut di dalam penulisan saya dalam blog http://slimdiet2.org sebelum ini.

Saya mempunyai hampir 6,000 orang pengikut dalam blog dan lebih dikenali dengan panggilan DRAGON LADY HAZURA dikalangan pembaca-pembaca blog serta rakan-rakan. Selain Malaysia, saya juga mempunyai network di Singapore, Indonesia dan Brunei. Sepanjang penglibatan saya selama ni, saya sudah membantu hampir 4,000 orang yang nak sihat dan turun berat badan sambil dapat menjana pendapatan yang cukup lumayan.. Juga mahu dikenali sebagai seorang BODY ENGINEER yang serba boleh dan ingin berkongsi segala ilmu yang telah dipelajari dengan wanita-wanita dengan tagline “STAY YOUNG FIT AND HEALTHY”

Selain daripada itu, sebagai seorang surirumah saya lebih cenderung untuk membuat bisnes secara online hanya di rumah. Saya telah banyak mengikuti kelas-kelas online marketing (pemasaran secara online) semata-mata untuk menambah ilmu dalam bidang tersebut. Saya juga adalah anak didik Irfan Khairi sejak tahun 2010 lagi. Daripada beliaulah saya mula membina blog saya dan sekarang saya mempunyai blog terbaru ini semata-mata untuk lebih banyak lagi tips dan trik yang boleh saya kongsikan dengan pembaca-pembaca blog. Terkini, Kak Zura dah graduate selepas mengikuti Program Internet Perniagaan Internet Dan Strategi Media Sosial selama 6 bulan dengan IRFAN KHAIRI..

 

hazura kelas irfan khairi

Saya seorang yang sangat sukakan cabaran dan sanggup meredah apa jua rintangan yang mendatang. Prinsip hidup saya: Selagi tak dapat apa yang di idam-idamkan selagi tu akan sentiasa berusaha dan akan cuba apa cara selagipun untuk dapatkannya..

Antara blog-blog Kak Zura

https://alphalipidnewimage.com

http://slimdiet2.org

http://rahsiadietslim.com

http://hazurahashimbani.com