Snow Cheese CakeBahan-Bahan
================================================
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) (akak guna gred B)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
================================================
Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia (250 gm)
1 cawan susu pekat manis ->>
(satukan kedua bahan & putar sehinggatidak berketul-ketul).
================================================
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
================================================
Cara Penyediaan:
1) Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2) Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3) Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4) Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150’C.
5) Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6) Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7) Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8) Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9) Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
================================================
Tips akak:-
1.Mencairkan mentega, jangan sampai warnanya kejernihan, cukup setakat mentega cair sahaja. Jika tidak kek akan sedikit berminyak.
2.Panaskan dulu oven lebihkurang 10 minit sebelum bakar kek.
3.Akak telungkupkan loyang kek sebaik sahaja dikeluarkan dari oven dan biarkan kek sejuk.
4. Letak loyang kek pada rak paling bawah dalam oven, tetapi kedudukannya di tengah-tengah.
5. Buang (potong rata) bahagian atas kek supaya kerja sapuan lebih senang kerana permukaannya sgt lembut (leroii).
6. Cheese yang telah dipukul, akak masukkan sekejap dalam fridge lebihkurang 10 minit sebelum disapu di sekeliling kek.
================================================
Dikongsi Oleh: Ummi Zaihadi
Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
================================================